Friday, 7 October 2011

Kisah Di suatu Petang

Suatu petang.....dikala selesai menunaikan solat zohor......deruman triumph bergema di jalanan.....Dengan tetiba...nun jauh di sudut sana terdampat seorang budak perempuan beruniform sekolah  terbaring di bahu jalan.....subuah basikal dan sebuah motorsikal menghalang jalan raya.....akibat terjatuh.....aku segere menghampiri mangsa yang terjatuh .....ku angkat kepalanya dan cuba menenangkannya...ternya dia tak sedarkan diri hanya doa dalam hati ini menjadi bicara...ku ajar mengucap dengan nada yang pendek...ternyata hampa....

Ku letakkan tangan di leher mangsa......ada nadinya...masih bernyawa....nyawa-nyawa ikan..aku cuba meluruskan badan mangsa....sambil tangan kanan ku menahan kepala mangsa ..takut ada yang patah di bahagian leher, bahu atau pinggang mangsa.

Darah yang berlumuran di tanganku hampir ke lengan......tak ku hiraikan...mujur ada yang menahan sebuah kereta ...lantas membawa mangsa ke klinik yang berhampiran sebelum ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya....Aku bergegas ke kedai mamak yang berhampiran untuk mencuci tangan ku....

2 comments:

kpah k-poh said...

Rasta, boleh bagi satu url blog rasta utk diletakkan di blog list akak..

rasta said...

boleh je,,,thanks kak pah sudi promotekan blog rasta