Sunday 23 October 2011

Slide Dari RastaClassicBiker

TRIUMPH TIGER_100





Triumph tiger100 nie rasta ambik kat google......























Nie Rasta punya TRIUMPH TIGER 100...live kat malaysia.....

Classic Norton 500cc

NAKED BIKE

NAKED BIKE

SIMONCELLI KEMALANGAN DI SEPANG


SIMONCELLI pelumba GP motorsikal dunia kemalangan dan mati ditempat kejadian.....peristiwa itu berlaku di LITAR LUMBA SEPANG, simoncelli...tergelincir di selekoh 11 dan jatuh menyebabkan kepala beliau terhantuk lalu mati di tempat kejadian..turut terlibat dalam kejadian tersebut ialah Velentinorossi..
Rasta rasa di mati dengan cara yang betul dan kene pada tempatnya.......Soal mati atau hidup itu bukan urusan kita....Soalnya adalah kemalangan itu berlaku dimana dan itu adalah sebab...

Sedangkan litar lumba sepang di lengkapi dengan segala keselamatan dan langkah-langkah berjaga-jaga dika berlaku kemalangan..Takziah dari rasta buat keluarga mendiang SIMONCELLI...Tak heran rasta ...kerana orang putih memang mencari nama...dan memang mereka dapat nama dan kemasyuran....itu yang mereka cari...

Buat perempit perempit di malaysia ...khasnya bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak di dunia perempitan........seriklah ingatlah orang yang tersayang.....fikirdulu sebelum buat....jika darah muda itu panas...sejukkan......bukan pantang dicabar.....cabarlah pada perkara yang baik .....cabar siapa paling banyak simpan duit contohnay....bukan cabar dijalanan untuk membuktikan kehandalan kita....

Monday 17 October 2011

Nenek Ayu Kembali ke RAHMATULLAH





Panggilan telifon mengejutkan aku ...ketika sedang up-date blog.....kak-pah komen dalam post yang terdahulu....Thanks so much much much more......sudi nak promosikan blog rasta...
Pagi katanya..nenek ayu telah meninggal dunia.......hanya ucapan takziah dari ku....dan AL-Fatihah buat beliau

Friday 7 October 2011

Kisah Di suatu Petang

Suatu petang.....dikala selesai menunaikan solat zohor......deruman triumph bergema di jalanan.....Dengan tetiba...nun jauh di sudut sana terdampat seorang budak perempuan beruniform sekolah  terbaring di bahu jalan.....subuah basikal dan sebuah motorsikal menghalang jalan raya.....akibat terjatuh.....aku segere menghampiri mangsa yang terjatuh .....ku angkat kepalanya dan cuba menenangkannya...ternya dia tak sedarkan diri hanya doa dalam hati ini menjadi bicara...ku ajar mengucap dengan nada yang pendek...ternyata hampa....

Ku letakkan tangan di leher mangsa......ada nadinya...masih bernyawa....nyawa-nyawa ikan..aku cuba meluruskan badan mangsa....sambil tangan kanan ku menahan kepala mangsa ..takut ada yang patah di bahagian leher, bahu atau pinggang mangsa.

Darah yang berlumuran di tanganku hampir ke lengan......tak ku hiraikan...mujur ada yang menahan sebuah kereta ...lantas membawa mangsa ke klinik yang berhampiran sebelum ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya....Aku bergegas ke kedai mamak yang berhampiran untuk mencuci tangan ku....